Friday, 23 September 2011

MCA keluar UMNO????

     
        1st sekali aku nak gelak puas-puas dulu sebab sekarang nie Umno dah dok tengah pening sebab MCA nak keluar dari umno. confirm down habis la umno kalau mca dah keluar umno. maknanya takde lagi sokongan kaum cina terhadap parti dorang. dan semestinya sokongan terhadap parti dorang berkurangan teramat sangat kan. kesimpulan die umno nie ke kubur la lepas mca keluar dari dorang...hahahahaah!!!
    
       Apa yang sebab mca nak keluar sangat umno nie??sebab da kantoi ke semua penipuan dorang selama nie dalam parti 2??hmmm aku rasa camtu jgk. tapi bukan sebab tu, sebab die adalah MCA ANTI ISLAM!! nahhh!! amek kau..mca anti islam gila-gila sampai die kelaur statement yang mca akan keluar umno jika umno nak laksanakan hudud.."Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," kata Presiden MCA dalam salah satu sidang akhbar ketika menemani PM dalam majlis perasmian persidangan..

        Tembelang umno dah pecah dah..selama nie dok kate DAP anti sangat islam..last-last mca sendiri yang anti islam sekarang nie!! DAP xpenah keluarkan kenyataan yang die anti islam..tetapi DAP pernah keluarkan kenyataan yang bahawa dorang akan memerintah Pulau Pinang seperti pemerintahan pada zaman Umar Al-Khattab.. jadi sekarang kita dah tau yang betol-betol anti islam adalah mca bukan dap seperti mana kata-kata peak-puak umno yang sengal tuh..pening la sekarang ko najib..hahahaahah!!!

Nie petikan dari Malaysiakini....

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

spad meeting mca and jalan sultan shop owners 230811 chua soi lekPresidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Bagaimanapun, katanya, bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.