Tuesday, 11 October 2011
Kelantan Kreatif!!
Khas buat semua terutama kepada warga Kelantan dan umum kepada warga Malaysia. Akan diadakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah bermula sekarang dan tamat pada 3.11.2011. Tapi bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini masih lagi dibuka penyertaan itu sehingga tarikh tutup penyertaan tersebut.
Pertandingan ini dibuat sempena 21 tahun Membangun Bersama Islam. terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Fotografi, Klip Video, dan Poster Kreatif. Bagi sesiapa yang ingin menyertai pertandingan ini adalah percuma, tiada bayaran untuk masuk bertanding.
Borang untuk menyertai pertandingan ini anda boleh dapati disini Borang dan Syarat. Jadi ape tunggu lagi, bagi sesiapa yang memiliki kemahiran tersebut dan ingin mencuba nasib, bolehlah anda semua menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh layari ke website Kelantan Kreatif atau emelkan kepada emel dan boleh jumpa di Facebook.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment